Wednesday, 25 December 2019

Caphati





Assalamualaikum semua..hari ni saya nk kongsikan resepi capati atau Caphati/Rotee(dalam dilek Urdhu..InSyaAllah jika ada kesempatan, saya akan kongsikan juga masakkan sampingan untuk dihidang bersama dengan capati ini ye..

   CAPHATI
  Bahan-bahannya
-3 cwn Tepung   Atta(any brand)
-2cwn Tepung   gandum biasa
-5 sudu minyak   masak atau minyak   jagung
-1  cwn air suam     panas(kalau keras   boleh tambah lagi   sedikit demi sedikit
-1sudu kecil garam

 *Cara membuatnya

  **Gunakan senduk kayu semasa gaul didalam bekas mangkuk besar**

 Campur semua  bahan kering dan  minyak..Akhir sekali  masukkan  air(sambil  kacau 1  arah)*tambahkan  air jika perlu(atau sampai tepung jadi berketul )

 Tips#
 ** Pastikan rasakan dgn tapak tangan kalau tepung dah agak suam kuku,bolehlah mula menguli**

Texture doh ni akan nmpak berketul ketul atau sedikit bergumpal, tak mengapa jangan risau...doh akan jadi lembut selepas diuli hingga sebati dgn menggunakan tangan selama lebih kurang 5 minit atau 8 minit. Tutup dgn penutup atau kain lembab diamkan selama 20 minit. Bolehlah dicanai nipis atas papan canai menggunakan rolling pin dan dibakar diatas non-stick pan yang betul betul panas

  *KAEDAH BAKAR*

1.Letakkan doh yg  dah dicanai atas pan
2. 10 saat balikkan      doh tadi bakar 20  saat
3.Balikkan semula  bakar 10 saat( sambil  ditekan perlahan keliling diatas roti..hasilnya roti akan jadi gelembung gelembung ..bila dah garing dan wangi itu tandanya sudah masak dan boleh diangkat dan dihidangkan bersama kuah special *chicken potato*beef/mutton masala*chicken karahi*
ATAU masakan melayu *sambal sardin*kari ayam/daging*dan lain lain.

Okay,setakat ini saja apa yang termampu untuk saya kongsikan.InSyaAllah jika ada kesempatan,saya akan kongsikan video supaya lebih jelas lagi.
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment